Pekerja wanita hendaklah memaklumkan majikannya dalam masa 60 hari sebelum bersalin bahawa dia berhasrat untuk memulakan cuti bersalinnya. Jika dia memulakan cuti tersebut tanpa memberitahu majikan, bayaran elaun bersalin akan digantung sehingga notis tersebut diberikan kepada majikannya.
Pekerja wanita yang mengetahui bahawa dia akan bersalin dalam tempoh 4 bulan sebelum dia berhenti kerja, hendaklah memberitahu majikannya sama ada secara lisan atau bertulis sebelum dia berhenti. Jika dia gagal berbuat demikian, dia tidak berhak menerima elaun bersalin.