Saturday 21 March 2020

Kursus Akta Kerja


Akta Kerja 1955 bertujuan menggariskan terma-terma dan syarat-syarat minimum (yang kebanyakannya berbentuk kewangan) ke atas pekerja dalam kategori tertentu.

Oleh kerana Akta ini agak kompleks untuk dibaca dan difahami secara langsung - pengurus-pengurus dan eksekutif disyorkan memberi masa untuk membaca dan menelitinya - untuk mendapat intipati yang terkandung di dalamnya.

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kandungan dan implikasi Akta Kerja 1955 - supaya ia dapat membantu mereka mengurus sumber manusia dengan lebih berkesan dan membina hubungan yang lebih baik di antara pihak majikan dan pekerja. 

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS AKTA KERJA Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1 - Kepentingan Kontrak Antara Majikan Dan Pekerja


Azam adalah pemilik kedai runcit. Juruwangnya tiba-tiba sakit dan perlu dimasukkan ke hospital selama beberapa bulan. Justeru, dia terpaksa mencari pengganti sementara. Oleh itu, beliau mengupah Abu, seorang graduan yang sedang menunggu kerja. Melihat ini sebagai peluang untuk mendapatkan pengalaman kerja, Abu berminat. Azam berpendapat, kerana Abu ialah hanya pekerja sementara, dia tidak perlu membuat kontrak kerja.

Ianya juga kerana Azam tidak tahu berapa lama juruwang nya perlu dimasukkan ke hospital dan dia tidak mahu membuat kontrak baru setiap bulan. Abu tahu ini adalah bertentangan dengan undang-undang, bagaimanapun, Azam berjanji untuk menggunakan khidmatnya selama 6 bulan, jadi Abu pun bersetuju. Selepas 2 bulan, juruwang Azam sudah sihat untuk bekerja. Tanpa mengelengahkan masa, Azam melucutkan jawatan Abu dengan segera.

Abu terkejut dan memberitahu Azam bahawa dia akan membawa perkara ini ke pejabat buruh jika dia tidak menunaikan janjinya untuk menggajinya selama 4 bulan lagi. Azam ketawa kerana dia fikir Abu tidak dapat berbuat apa-apa dan buruh semestinya tidak akan menerima laporan daripada seorang lepasan graduan. Namun, Azam salah. Selepas beberapa bulan, Azam dipanggil ke pejabat buruh.

Azam diminta untuk menunjukkan sebab mengapa tiada kontrak ditulis dan mengapa Abu dipecat selepas dua bulan apabila Azam berjanji dia akan menggaji Abu untuk bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan. Azam terkejut. Kerana Azam tidak mahu memanjangkan lagi hal ini, beliau berbincang dengan Abu untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Abu telah meminta agar dia dibayar 4 bulan baki gajinya. Beliau juga meminta 2000 ringgit sebagai ganti rugi. Azam bersetuju. Gaji Abu sebulan adalah 1500. Secara keseluruhan, Azam perlu membayar Abu 8000 ringgit hanya untuk menyelesaikan masalah ini di dari mahkamah kerana beliau menjangkakan akan membayar ganti rugi lebih besar jika beliau memutuskan untuk melawan Abu di makhamah.

Kajian Kes 2: Cuti Bersalin Tidak Boleh Ditolak


Bibi adalah pemilik butik kecil. Kisahnya dalam membuka butik adalah legenda. Suaminya menceraikannya ketika dia mengandung anak tunggal mereka. Dia mengumpul modal dan berjaya membuka butik ketika dia mengandung 7 bulan. Dia tidak mengambil cuti sama sekali apabila bayi itu hampir tiba dan dia melahirkan bayinya dalam butik itu, dibantu oleh pekerja nya.

Selepas beberapa hari di hospital, dia enggan mengambil cuti dan terus menjalankan perniagaan seperti biasa. Kini, walaupun butiknya masih kecil, dia menganggap perniagaannya berjaya, menikmati keuntungan yang berterusan. Dia selalu menginspiraskian pekerjanya untuk menjadi seperti dia, terutama kepada Anita, pekerjanya yang telah diceraikan oleh suaminya dan sedang hamil, sama seperti dirinya pada masa lalu.

Anita, sebaliknya, tidak sekuat bosnya, Bibi. Setelah melahirkan anaknya, dia merancang untuk menggunakan cuti bersalin selama 60 hari untuk berehat dan untuk menenangkan perasaannya. Apabila tarikh mengandungnya sudah dekat, dia memberitahu Bibi bahawa dia akan menggunakan cuti bersalinnya sepenuhnya. Bibi tidak bersetuju. Bibi hanya memberikan cuti bersalin selama 30 hari dan dia perlu kembali bekerja selepas 30 hari berakhir.

Anita berasa marah tetapi cuba untuk bertenang. Dia memberitahu Bibi bahawa cuti bersalin 60 hari adalah haknya sebagai pekerja. Mendengar ini, Bibi merasa marah dan terancam dan memberikan Anita kata putus, mengambil cuti 30 hari atau berhenti. Anita memilih untuk berhenti, namun dia tidak akan berdiam diri. Dia melaporkan perkara ini ke pejabat buruh setelah melahirkan anak.

Selepas beberapa bulan, Bibi dipanggil ke pejabat buruh untuk tujuk sebab. Bibi masih mempertahankan tindakannya walaupun dia tahu bahawa cuti bersalin 60 hari adalah hak Anita dalam Akta Pekerjaan. Untuk kedegilan nya, dia diarahkan oleh mahkamah untuk membayar dua kali ganda gaji Anita. Dia juga perlu membayar denda kepada mahkamah atas kecuaiannya dalam menjaga hak pekerja sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Kerja.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS AKTA KERJA Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Kelebihan Mengetahui Akta Kerja


Amat adalah Eksekutif Sumber Manusia baru di tempat kerjanya. Pada suatu hari, salah seorang pekerja bertanya apakah dia boleh mengambil 2 minggu bercuti. Sewaktu pengurusan terdahulu, para pekerja boleh memohon cuti berbayar selama mana dia mahukan, asalkan diluluskan oleh sumber manusia. Sudah tentu, amalan ini membawa kepada peningkatan perbelanjaan organisasi, mengurangkan produktiviti dan motivasi pekerja.

Oleh itu, inilah sebabnya mengapa Eksekutif Sumber Manusia terdahulu diganti. Sebagai Eksekutif Sumber Manusia baru, Amat tahu amalan ini perlu dihentikan. Walau bagaimanapun, dia tidak mahu bertindak sewenang-wenangnya. Dia memeriksa rekod pekerja dan dia perhatikan bahawa pekerja ini hanya bekerja selama 3 bulan. Oleh itu, mengikut Akta Pekerjaan, pekerja ini tidak berhak mendapat 14 hari cuti berbayar. Dia hanya berhak mendapat cuti berbayar selama 8 hari.

Apabila Amat memberitahu hal ini kepada pekerja tersebut, dia marah. Dia berkata bahawa Amat menafikan haknya. Di samping itu, beliau juga mengatakan bahawa amalan ini tidak seperti amalan Sumber Manusia yang terdahulu di mana mereka boleh mengambil cuti berbayar sebanyak hari yang mereka mahukan. Pekerja itu mengancam untuk pergi ke pejabat buruh, di mana Amat bersetuju kerana Amat tahu tindakannya mengikut undang-undang.

Akhirnya. pejabat buruh memutuskan bahawa tindakan Amat adalah betul. Tindakan Amat adalah selaras dengan Akta Kerja, yang menetapkan cuti tahunan berbayar untuk pekerja yang mempunyai khidmat kurang dari dua tahun hanya 8 hari. Apabila mendengar ini, pekerja tersebut memohon maaf dan mengambil cuti berbayar 8 hari dan selebihnya tanpa dibayar gaji.

No comments:

Post a Comment