Saturday 21 March 2020

Penceramah Kami


Masitah
B.Sc (Oregon State University, USA),
MBA and Adv. Certificate in Personnel Administration & Decision Support System 
(New Hampshire College, USA),
Certificate in Training Practice (UK), 
Certificate in Training (PSMB)

Masitah adalah seorang penceramah yang berpengalaman mengendalikan kursus-kursus untuk badan kerajaan dan swasta. Beliau  mempunyai ijazah sarjana muda pengurusan daripada Oregon State University, USA dan sarjana pengurusan perniagaan serta sijil lanjutan pengurusan sumber manusia daripada New Hampshire College, Manchester, USA.

Beliau pernah bertugas di Kolej Koperasi Malaysia (KKM) sebagai pensyarah dan bertanggungjawab membangunkan pusat komputer KKM. Di sana, beliau juga terlibat dalam penyediaan dan pengedalian kursus-kursus dalam bidang aplikasi computer, sistem komputer koperasi, pengurusan, penyeliaan dan undang-undang koperasi. Seterusnya, beliau bertugas pula di Jabatan  Sumber Manusia Canon Camera (M) S/B dan Mattel (KL) S/B di mana beliau telah menimba pengalaman berkaitan dengan hubungan kakitangan, pengambilan pekerja, pembangunan dan latihan. Ketika beliau mengetuai Jabatan Latihan di Mattel (KL) S/B, beliau telah mengendalikan beberapa program latihan untuk golongan penyelia dan pengurusan pertengahan dalam bidang-bidang pembangunan sumber manusia, pembangunan penyelia dan pengurus, siasatan dalaman dan proses penambahbaikan kualiti. 

Setelah meninggalkan sector pembuatan, beliau telah menceburi bidang latihan sebagai jurulatih dan penceramah untuk pembekal-pembekal latiahan seperti Quest Consulting, Institute Pengurusan Johor (IPPJ), Supervisory Development Institute, PUNB dan Boustead Educom.  Di antara program-program yang telah dikendalikan adalah Clerical Development Programme, The Effective Supervisory Skills, Supervisory Development and Motivational Programme, Positive Work Attitudes, The Effective Telephone Techniques, Training Needs Analysis, Designing and Planning a Training Programme, Train the Trainer, Evaluation Training Effectiveness, How to Hire the Right Staffs, Personnel Management, Enhancing Managerial Skills, Entrepreneurship Programmes, Quality Time Management, Counseling Skills At The Work Place dan lain-lain.

Di antara organisasi yang pernah mendapat khidmat beliau selaku penceramah adalah  Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Sindora (M) S/B, Shimano Component (M) S/B, Johor State Economic Development Corporation (JSEDC)., Sunrise S/B, Permodalan National Berhad (PNB), Jabatan  Pengairan Dan Saliran (JPS), Hicom Diecasting (M) S/B, Supervisors’ Development Institute (SUDI)., Schott Glass (M) S/B, Advance Micro Devices (M) S/B, Metrod (M) S/B, Motorola (M) S/B, Strait And Island (M) S/B, People Insurance (M) S/B, Sime Rengo Packaging (M) S/B, Binariang (M) S/B, Universiti Utara Malaysia, Utusan Malaysia, The Star, Bali In Bank, Jakarta, Indonesia, Felda Plantations S/B, Sankyo (M) S/B, UMBC Berhad, Mattel (M) S/B Mobikom S/B, Felda Plantatitons S/B, Felda Agricultural S/B, Samsung Electronic Display (M) S/B, Sapura Holdings S/B , Perbadanan Kaftangan Kemajuan Malaysia, Teraju Serbaneka, Felda Palm Industries S/B, Shapadu Holdings S/B, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya, Women Institute of Management, KEMUDA Brunei, Institut Perkhidmatan Awam Brunei, Institut Perdagangan Mara Kota Bharu, Minolta Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Hamadatec (M) S/B, JVC, MPPJ, HRDC, Tenaga Nasional Berhad, Kementerian Pertahanan Brunei, Bumimex Sendirian Berhad dan lai-lain.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS AKTA KERJA Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

No comments:

Post a Comment