Saturday 21 March 2020

Ringkasan Kursus Akta Kerja


Pengenalan

Terdapat beberapa akta yang terangkum di dalam Undang-Undang Buruh (Labour Laws). Modul ini telah disusun untuk membincangkan perkara-perkara asas yang terkandung di dalam AKTA KERJA 1955 (Employment Act 1955) dalam konteks Pengurusan Sumber Manusia.

Akta Kerja 1955 bertujuan menggariskan terma-terma dan syarat-syarat minimum (yang kebanyakannya berbentuk kewangan) ke atas pekerja dalam kategori tertentu.

Oleh kerana Akta ini agak kompleks untuk dibaca dan difahami secara langsung - pengurus-pengurus dan eksekutif disyorkan memberi masa untuk membaca dan menelitinya - untuk mendapat intipati yang terkandung di dalamnya.

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kandungan dan implikasi Akta Kerja 1955 - supaya ia dapat membantu mereka mengurus sumber manusia dengan lebih berkesan dan membina hubungan yang lebih baik di antara pihak majikan dan pekerja. 

Objektif Modul
  • Menjelaskan maksud dan tujuan umum Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955) 
  • Menjelaskan maksud istilah-istilah utama yang terkandung di dalam Akta
  • Mengaplikasi aspek-aspek perundangan yang terkandung di dalam Akta Kerja 1955 ke dalam sistem pengurusan sumber manusia organisasi
  • Membuat polisi-polisi di dalam organisasi yang akan meningkatkan keharmonian perhubungan di antara pekerja-pekerja dan majikan
  • Mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut kesesuaian dan keperluan dalam kes-kes yang melibatkan tatatertib dan disiplin di kalangan kakitangan
  • Memastikan agar hak-hak majikan dan hak-hak pekerja dikendalikan secara adil berdasarkan panduan yang terdapat di dalam Akta Kerja
  • Menjelaskan peranan dan “jurisdiction” Mahkamah Perusahaan (Industrial Court)
  • Mendapat pendedahan kepada contoh-contoh kes mahkamah yang berhubung dengan Akta Kerja 1955 - perlindungan yang diberikan kepada pekerja dan tanggungan yang diletakkan ke atas majikan

Metodologi Latihan

Modul ini menggunakan pendekatan teori dan bengkel “hands-on”, perbincangan kumpulan dan kajian kes  sebenar - dengan mengaplikasikan sampel dan contoh sebenar yang digunakan di dalam organisasi.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS AKTA KERJA Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kandungan Dan Jadual Latihan

Hari Pertama

Modul 1
Pengenalan Umum Kepada Akta Kerja 1955
  • Objektif Akta Kerja
  • Skop Perlindungan 
  • Terpakai Di Malaysia Barat Sahaja
  • Pekerja-Pekerja Yang Didefinisikan Dalam Akta
  • Majikan Yang Didefinisikan Oleh Akta
  • Pekerja Yang Diambil Bekerja Di Bawah Kontrak Perkhidmatan

Modul 2
Upah
  • Definisi Upah
  • Tempoh Upah
  • Masa Pembayaran Upah
  • Pembayaran Upah Atas Penamatan Kontrak
  • Sistem Membayar Upah
  • Saraan Selain Upah
  • Keutamaan Gaji
  • Tanggungjawab Kontraktor Dan Prinsipal Terhadap Upah

Modul 3
Waktu Kerja
  • Definisi Waktu Kerja
  • Kuasa Ketua Pengarah Memanjangkan Waktu Kerja Normal
  • Keadaan Yang Membenarkan Bekerja Melebihi Waktu Kerja
  • Definisi Lebih Masa
  • Bayaran Kerja Lebih Masa
  • Had Maksimum Kerja Lebih Masa Sebulan
  • Bukan Kerja Lebih Masa
  • Had Maksimum Kerja Lebih Masa Sehari
  • Batasan Seksyen 60a
  • Tugas Kerja
  • Kerja Syif
  • Had Maksimum Waktu Kerja Pekerja Syif Dalam Sehari
  • Bilangan Hari Kerja Maksimum Pekerja Estet

Modul 4
Hari Rehat
  • Bilangan Dan Tempoh Hari Rehat
  • Tempoh Hari Rehat Untuk Pekerja Syif
  • Bolehkah Hari Rehat Dikumpulkan?
  • Penyediaan Jadual Dan Notis
  • Kerja Pada Hari Rehat
  • Bayaran Bekerja Pada Hari Rehat
  • Bayaran Kerja Lebih Masa Pada Hari Rehat
  • Bayaran Untuk Pekerja Atas Kadar Ikut Kerja

Modul 5
Hari Kelepasan
  • Hak Pekerja Terhadap Hari Kelepasan
  • Notis Hari Kelepasan
  • Ketidakhadiran Sebelum Atau Selepas Hari Kelepasan
  • Kadar Bayaran Hari Kelepasan
  • Kadar Bayaran Bekerja Pada Hari Kelepasan
  • Kerja Lebih Masa Pada Hari Kelepasan
  • Hak Terhadap Elaun Perjalanan

Hari Kedua

Modul 6
Cuti Tahunan
  • Bilangan Cuti Tahunan
  • Cuti Tahunan Bertindih Dengan Cuti Sakit / Cuti Bersalin
  • Bila Cuti Tahunan Boleh Diambil
  • Kesan Penamatan Kontrak Ke Atas Cuti Tahunan
  • Kadar Bayar Cuti Tahunan
  • Kontrak Ditamatkan Sebelum Sempat Mengambil Cuti Tahunan
  • Cuti Tanpa Gaji

Modul 7
Cuti Sakit
  • Syarat Mendapat Cuti Sakit
  • Bilangan Cuti Sakit Tanpa Hospitalisasi
  • Bilangan Cuti Sakit Jika Hospitalisasi
  • Syarat Untuk Cuti Sakit Berbayar
  • Kadar Bayaran Cuti Sakit
  • Cuti Sakit Bertindih Dengan Cuti Bersalin
  • Cuti Sakit Bertindih Dengan Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit Bertindih Dengan Cuti Kelepasan
  • Cuti Sakit Bertindih Dengan Cuti Rehat
  • Sakit Berpanjangan

Modul 8
Perlindungan Bersalin
  • Tempoh Kelayakan Cuti Bersalin Dan Hak Mendapat Elaun Bersalin
  • Cuti Bersalin Tanpa Elaun Bersalin
  • Bila Cuti Bersalin Bermula
  • Implikasi Cuti Bersalin Lebih Awal Daripada Tempoh Yang Ditetapkan
  • Kelayakan Untuk Menerima Elaun Bersalin
  • Kadar Elaun Bersalin
  • Syarat Mengambil Pekerja Wanita

Modul 9
Penamatan Kontrak Perkhidmatan
  • Kontrak Perkhidmatan Mesti Bertulis Dan Mempunyai Klausa Penamatan
  • Penamatan Kontrak Perkhidmatan Berdasarkan Tempoh Dan Kerja
  • Penamatan Kontrak Dengan Notis Oleh Pekerja
  • Penamatan Kontrak Dengan Notis Oleh Majikan
  • Penamatan Kontrak Tanpa Notis Dengan Membayar Indemniti
  • Pembayaran Upah Atas Penamatan Kontrak Biasa
  • Pembayaran Upah Atas Penamatan Kontrak Tanpa Notis Oleh Majikan
  • Pembayaran Upah Atas Penamatan Kontrak Tanpa Notis Oleh Pekerja

Modul 10
Pengurangan Tenaga Kerja
  • Tindakan Pengurangan Akibat Lebihan Tenaga Kerja
  • Situasi Yang Membenarkan Proses Pengurangan Tenaga Kerja
  • Tatacara Keharmonian Perusahaan
  • Langkah Untuk Mengelakkan Pengurangan Pekerja
  • Langkah Wajib Jika Pengurangan Terpaksa Dilakukan
  • Notis Penamatan Kontrak Perkhidmatan
  • Faedah Penamatan
  • Bayaran Faedah Penamatan

Modul 11
Salahlaku
  • Definisi Salahlaku
  • Klasifikasi Salahlaku
  • Siasatan Domestik

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS AKTA KERJA Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

No comments:

Post a Comment